Monday, September 28, 2009

Kerja?

Kerja dah.. Hari ni start kerja balik, selepas seminggu cuti berhari raya. Hari ni gak aku terkenang perkara yang aku biasa buat pagi2 waktu drive nak pergi kerja, maklum la drive kereta around 50 mins ke tempat kerja, mula la terfikir benda benda yang lama yang sememangnya menjadi rutin serta kebiasaan aku sebelum ini. Fikiran aku berkecamuk, mengenang dan terkenang serta mengharapkan dikenangkan.. Namun aku sedar, segalanya tak mungkin terjadi andai takdir yang kita lawan supaya ia mengikut kehendak kita. Hanya berserah kepada yang Esa, semoga dilimpahkan rahmat ke atas kita. Kerja? argh.. perkara yang sememangnya malas dilakukan oleh kebanyakan orang, alangkah indahnya kita kembali ke zaman kanak2 kita tanpa perlu bekerja sebaliknya hanya bermain untuk keseronokan sendiri. Tanpa memikirkan apa yang terjadi, hidup tanpa masaalah.. Perkara itu juga tak mungkin terjadi, setelah janji kita untuk sanggup hidup dimuka bumi ini.. Maka kita perlu akur akan hukum perjalanan hidup ini, maka bekerjalah kita membanting keringat untuk diri sendiri serta pewaris masa hadapan. Anak-anak kita, anak-anak saudara kita, barangkali cucu-cucu kita juga, sesiapa sahajalah yang akan mewarisi dunia ini. Maka bekerjalah kita demi mencari rezeki untuk menguatkan diri menghadapi hari-hari mendatang dan meningkatkan ekonomi hidup kita. AYUH BEKERJA!

Friday, September 25, 2009

Kuala Lumpur

Hari ni aku masih lagi cuti, bangun tido pun pukul 1.. Alhamdulillah sempat pegi sembahyang jumaat, lepas tu aku takder activiti aper aper.. Aku duduk jer rumah, then dalam pukul 3.50 aku dpt sms dari kawan aku yang bekerja, dia kata dapat surat daripada pejabat S.U.K mengatakan perpindahan kami ke Kuala Lumpur ditangguhkan sehingga 31 Dec ini yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Oct.. Aku tension, bengang dan pelbagai lagi perasaan yang berkecamuk, bukan aku lapar sangat nak duduk Kuala Lumpur tu.. Bukan niat aku jugak nak lari dari semua orang, tapi dalam keadaan perasaan aku yang tak berapa nak konsisten ni aku mengharapkan suatu sinar mungkin hikmah dari Allah diatas apa yang terjadi kepada aku, Kuala Lumpur tu jugak bukan asing bagi aku walaupun aku dibesarkan dinegeri lain.. Negeri yang aku menetap kini tak jauh pun dari Kuala Lumpur sebenarnya, boleh kalau setakat nak pegi Kuala Lumpur tu semata mata nak beli setem ke, nak beli top up handphone pun boleh.. Tapi aper yang pengurusan aku buat ni membuatkan aku sendiri pening kepala memikirkannya, Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur! Akan aku jelajahi kau demi mencari erti sebuah kehidupan! Aku mencari sinar kehidupan demi membangunkan diri aku menjadi seorang hamba yang soleh lagi berguna. Alhamdulillah, jika aku berjaya menjaga diri aku, mengawal diri aku dari hawa nafsu serta hasutan syaitan.. Maka Masyaallah la ucapan yang akan keluar dari orang orang disekeliling aku jika kehidupan aku disana hanyut seolah layaran tanpa nakhoda. AKU TIDAK MAHU HANYUT!!!!

Ini sudah pasti ketentuannya, hikmah diatas apa yang terjadi kepada aku dewasa ini. Mungkin, SEKADAR MUNGKIN aku akan dipertemukan dengan seseorang disana? Segala kemungkinan bisa menjadi nyata andai aku terus mensyukuri nikmat serta zat yang dilimpahkan oleh Allah ke atas diriku. Moga aku diberikan pertunjuk serta hidayahnya. Kuala Lumpur aku dilahirkan dari tanah kau, bimbinglah aku. Jangan biarkan aku hanyut dengan kesibukan,kejar mengejar, kemewahan, kealpaan dan maksiat!

Tuesday, September 22, 2009

Ku pohon dari mu..

Ya Allah, yang maha berkuasa lagi maha mengetahui. Kau juga yang menciptakan rasa kasih dan sayang sesama manusia, kau juga yang menciptakan perasaan sayang serta kasihku terhadadapnya, kau memberi takdir aku akan sujud kepadamu setelah mengenalinya, kau yang menciptakan rasa kasih dan sayangku sebegini yang tidak pernah aku rasakan terhadap insan lain atas restu dan takdir darimu jua dia kamu jadikan untuk menyedarkan aku tentang kealpaan yang aku lakukan sebelum ini. Kini aku memohon dengan keredhaan serta kuasa mu jua, berilah peluang kepadaku untuk menyayangi nya lagi. Dan jika dia ditakdirkan bukan untukku maka aku mohon jua dengan kekuasaan mu, hapuskan lah rasa sayang serta kasih ku sebegini terhadapnya melainkan rasa kasih dan sayang aku seperti mana yang aku rasakan terhadap insan lain, tapi aku minta engkau lembutkan hatinya dan terangilah ia dengan keimanan, limpahkan rezeki untuknya, berikan ketenangan kepadanya menghadapi hari-hari mendatang, pertemukan ia dengan orang yang menyanyangi nya dan tidak dengan orang yang menyesatkan serta menindasnya. Ya Allah, engkau yang menciptakan kehidupan, kuasa engkau juga yang akan memusnahkan kehidupan suatu masa nanti. Aku mengharapkan dengan kuasamu ia akan kembali kepada jalanmu sebelum engkau menutup peluang itu darinya. Dengan kuasamu jua aku mengharapkan engkau makbulkan doa ku ini.

Amin

Saturday, September 19, 2009

Untuk Abah...

Erfan tau abah tak boleh nak baca ni, tapi erfan nak cakap jugak sebab erfan tau abah tengok erfan.. Erfan taknak abah sedih sebab abah dah didik erfan baik-baik, abah tak salah tapi erfan yang lupa serta leka. Tapi start hari ni erfan janji akan hadiahkan Al-Fatihah banyak-banyak kat abah, tahun ni dah 19 tahun abah takde berhari raya dengan kami. Abah meninggalkan kami, abah tak salah.. Sebab abah pergi mengadap Ilahi atas permintaannya. Abah pergi dulu dikala erfan masih baru mahu mengenali dunia, itu ujian yang Allah bagi pada erfan. Erfan tak mengenali dunia dat sini pun abah tak salah ari sudut yang sepatutnya, ksebab abah dah bagi isyarat yang abah akan dijemput oleh Izrail dikala usia abah masih muda dan diwaktu erfan masih mentah. Abah! ramadhan akan berakhir, tapi erfan tak nak abah sedih sebab Insyallah erfan akan terus menghadiahkan Al-Fatihah untuk abah. Erfan rindukan abah, erfan janji akan bawak semua adik-beradik & mak pergi ziarah kubur abah dipagi 1 syawal nanti. Kita dah lama terputus hubungan, tapi baru ni erfan sedar yang sebenarnya kita dah lama terputus hubungan. Walaupun abah tak dapat nak curahkan kasih sayang yang banyak pada erfan & adik beradik, tapi erfan bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak abah. Mak banyak berkorban untuk kami, membahagiakan kami, tidak pernah membeza-bezakan kami. Banyak benda yang erfan nak tulis sebenarnya tapi erfan rasa sedih sangat nak tulis, tapi abah jangan sedih sebab tengok erfan sedih. Erfan mintak maaf kat abah kalau selama ini erfan terlalu banyak buat perkara / benda yang abah tak suka. Erfan lupa & leka dengan dunia ni, abah maafkan erfan ek!! Erfan harap abah damailah disana, erfan jugak harap abah dapat berjalan dengan wali-wali Allah.

Semoga kita dipertemukan disuatu masa nanti dalam keadaan berseri-seri, Amin!

Al-Fatihah
..

Friday, September 18, 2009

Seseorang..

Malam hari terasa sunyi.. Tanpa kau disisi untuk aku berkongsi segala, bukan janjiku untuk memberikan alam semesta. Tapi sekadar menjanjikan rasa bahagia, berakhir sudah segalanya, sudah pasti ini ketentuannya.. Hanya cerita sebagai ganti untuk kita mengenali diri, semoga kita dipertemukan lagi.. Diharap ia akan terjadi, tetapi yang pasti kita perlu memohon restu Ilahi, tidak mungkin kita seperti dahulu lagi

Antara kita perpisahan yang terjadi, ini juga kehendaknya dan terbaik mengikut pilihannya, mana mungkin kita menjadikan kaca sebagai permata. Kita tidak berdaya.. Kita tidak punya kuasa, yang memungkinkan kita menghilangkan rasa sengsara.

Gembira hanya sementara, perpisahan ini mungkin selamanya...

Dunia sememangnya pentas untuk bersandiwara, tapi aku pasti bukan niatmu untuk jadikan ia begitu, tapi itu juga bukti kuasanya.. Untuk memberi kesedaran pada yang alpa, sedangkan didikan agama menjadi tunjangnya...

Alam ini pinjaman belaka, diharap kita tidak akan lupa suatu masa dahulu kita pernah ada rasa bahagia bersama.. Dan sememangnya aku tidak akan pernah lupa.

Lazimnya sesuatu pertemuan pasti berakhir dengan pepisahan, kini ia telah pun kita tempuhi.. Perkara yang paling sukar berlaku adalah pertemuan selepas perpisahan.

Ini sudah pasti ketentuannya yang harus kita ingat selalu, setiap yang terjadi adalah perancangan dari Yang Esa

Nikmat bahagia serta gembira kukecapi walau sementara, kau berikan ku rasa bahagia walaupun seketika sahaja.. Terima Kasih untuk segalanya, semoga kau berbahagia hendaknya

Indah dunia dengan pelbagai acara, berakhir sudah pertemuan kita. Diharap kita bertemu dilain masa, semoga antara kita bijak memilih busana bersesuaian dengan acara

Semoga Berbahagia
Untuk kesekian kalinya
Rasa sayang ini akan ku simpan selamanya
Ini suratan dan ketentuannya.. maka aku redha dan terima seadanya

Thursday, September 17, 2009

Pabila kesedaran datang maka kealpaan pasti hilang...



Malam ni malam 27 ramadhan, malam yang kebiasaannya dikaitkan dengan Lailatul Qadar.. aku buat something yg aku rase "macam" best jer.. aku dengar lagu lagu lama kat youtube, since aku bebudak sampai la aku yang sekarang.. aku seronok dengar lagu tu, ingat kenangan kenangan aku masa dedulu.. Waktu aku rasa dunia ni takder saper nak melarang, takder aper yg nak di dengar.. Tapi itulah dunia! Masa pantas berlalu, hingga tiba suatu masa kita akan tersedar akan apa yang telah kita tinggalkan dan apa yang telah hilang, thanks to apis a.k.a lados remind aku dengan lagu lagu lama tu.. actually dia share link lagu lagu lama kat facebook dia, then aku pun click la link tu, pastu aku pun memulakan activiti mencari lagu lagu yang aku penah dengar & membuat kan aku terkinja kinja mendengar lagu tu suatu masa dahulu.

Ya Allah! aku pohon kepadamu keampunan moga dijauhkan seksa api neraka.. aku tidak mahu lagi menjadi seperti aku yang terdahulu, aku mengharapkan dikekalkan aku sebegini atau lebih baik dari ini.. Mengikut kehendak mu Ya Allah! Aku sujud menyembah mu, aku sujud memohon hidayahmu, aku sujud memohon diampunkan segala dosaku yang telah lalu.. Kini aku sedar akan kealpaan aku selama aku dibenarkan berpijak dibumi mu Ya Allah! Ya Allah, ku pohon kepadamu diterima segala amalanku.. Aku seolah olah baru tersedar dari belaian mimpi indah hawa nafsu serta syaitan, aku juga mohon kepadamu.. Lindungilah ahli keluargaku, insan-insan yang diingati, sahabat-sahabatku serta seluruh ahli keluarga mereka dari seksa api nerakamu.. Berikanlah hidayah keatas mereka dibulan muliamu ini. Ya Allah yang menjadikan langit dan bumi, kehidupan serta kematian, kasih dan sayang. Engkau juga menjadikan kegembiraan juga kesedihan dimuka bumi ini, yang maha pencipta.. Aku mengharapkan ditunjukkan hikmah diatas segala yang terjadi kini keatas diriku.. Aku yang kecil dimuka bumi ini memohon kepadamu Ya Allah, berikanlah petunjuk untuk aku memperkuatkan diriku menghadapi dugaan dugaan mu dimasa mendatang, aku tidak akan mengelak apabila engkau menurunkan dugaan kali ini, aku akan terus sujud menyembahmu.. Aku takut akan azab mu! Ampunilah segala dosa-dosaku dimasa lalu dan mungkin atas kealpaan aku sendiri aku akan melakukan dosa dimasa mendatang, sedarkan lah aku dikala ianya akan terjadi.. Amin