Saturday, September 19, 2009

Untuk Abah...

Erfan tau abah tak boleh nak baca ni, tapi erfan nak cakap jugak sebab erfan tau abah tengok erfan.. Erfan taknak abah sedih sebab abah dah didik erfan baik-baik, abah tak salah tapi erfan yang lupa serta leka. Tapi start hari ni erfan janji akan hadiahkan Al-Fatihah banyak-banyak kat abah, tahun ni dah 19 tahun abah takde berhari raya dengan kami. Abah meninggalkan kami, abah tak salah.. Sebab abah pergi mengadap Ilahi atas permintaannya. Abah pergi dulu dikala erfan masih baru mahu mengenali dunia, itu ujian yang Allah bagi pada erfan. Erfan tak mengenali dunia dat sini pun abah tak salah ari sudut yang sepatutnya, ksebab abah dah bagi isyarat yang abah akan dijemput oleh Izrail dikala usia abah masih muda dan diwaktu erfan masih mentah. Abah! ramadhan akan berakhir, tapi erfan tak nak abah sedih sebab Insyallah erfan akan terus menghadiahkan Al-Fatihah untuk abah. Erfan rindukan abah, erfan janji akan bawak semua adik-beradik & mak pergi ziarah kubur abah dipagi 1 syawal nanti. Kita dah lama terputus hubungan, tapi baru ni erfan sedar yang sebenarnya kita dah lama terputus hubungan. Walaupun abah tak dapat nak curahkan kasih sayang yang banyak pada erfan & adik beradik, tapi erfan bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak abah. Mak banyak berkorban untuk kami, membahagiakan kami, tidak pernah membeza-bezakan kami. Banyak benda yang erfan nak tulis sebenarnya tapi erfan rasa sedih sangat nak tulis, tapi abah jangan sedih sebab tengok erfan sedih. Erfan mintak maaf kat abah kalau selama ini erfan terlalu banyak buat perkara / benda yang abah tak suka. Erfan lupa & leka dengan dunia ni, abah maafkan erfan ek!! Erfan harap abah damailah disana, erfan jugak harap abah dapat berjalan dengan wali-wali Allah.

Semoga kita dipertemukan disuatu masa nanti dalam keadaan berseri-seri, Amin!

Al-Fatihah
..

3 comments:

  1. alhamdulillah..
    xsangka kawan aku ni..
    bagus2..

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Alhamdulillah...Semoga Erfan terus beristiqamah dalam usaha untuk memberikan yang terbaik kepada yang telah pergi....
    :))

    ReplyDelete
  3. sedey aku baca post ko nie. aku doakan semoga roh abah ko tenang disane. harap ko tabah menghadapi hari mendatang.

    ReplyDelete